BAB DUA

“Tuan, kami masih dalam usaha mencari tetapi masih gagal.”
“Saya mahu jawapan secepatnya…” Perintah Ketua Polis Daerah, DSP Hanid.
“Tapi tuan, adalah mustahil untuk kami menemui mangsa dalam keadaan cuaca seperti sekarang, pemandangan udara yang berkabus dan hujan sekejap-sekejap juga menyukarkan pihak Tentera Udara membuat tinjauan akibat arah angin yang kencang dari atas.” Laporan telefon dari tempat kejadian kurang jelas di pendengaran. Gerakan mencari yang di mulakan tiga hari lepas dengan bantuan dari pihak tentera masih menemui jalan buntuh.
“Itu saya tak peduli, saya mahu awak arahkan lebih ramai pegawai menjalankan operasi ini. Lebih ramai lebih cepat masalah ini dapat diselesaikan.” Gesaan di buat, apabila memahami apa yang diperkatakan pegawai penyelamat itu.
“Tidak semudah itu tuan, sejarah hutan berkenaan telah semua kita maklumi. Adalah mustahil untuk kita menemui mangsa dalam keadaan normal. Kita juga tidak mahu kejadian yang tidak diingini menimpa pasukan penyelamat. Dalam keadaan begini kita perlu waspada…” Sambung suara itu lagi, masih berusaha untuk cuba menerangkan situasi yang sedang dihadapi pihak penyelamat. DSP Hanid maklum, dan dia tidak mahu mempercayai kisah Hutan Cinta. Sudah pelbagai lapisan peristiwa mereka temui. Menyaksikan kejadian yang menimpa mangsa Hutan Cinta sehingga kini belum pulih sepenuhnya dari trauma kejadian yang menimpa mereka. Dia amat berharap kali ini pengakhiran kepada segala peristiwa. Dan dia juga tidak mahu ada lagi yang menimpa anak buahnya.
“Saya tak mahu mendengar alasan lagi, segera jalankan apa yang patut. Apa yang saya mahu adalah jawapan kepada setiap soalan wartawan. Saya kena berdepan dengan mereka dengan soalan-soalan yang killer. Pihak polis tidak buat kerja? Jika kes ini tiada perkembangan bagaimana saya akan berdepan dengan wartawan. Wartawan sekarang cerewet lagi bijak! Sudah 6 hari kes hilang belum dijumpai dan mayat Saidatul Rysha juga belum di temui.” Dalam keadaan geram, kerana tekanan beberapa pihak yang mempertikaikan kewibawaan pihaknya menjalankan tugas. Terutama Tan Sri Safuan. Dia tidak menyangka pemuda yang sesat di dalam Hutan cinta itu adalah anak kepada seorang yang berpangkat Tan Sri! Maklumat ini baru juga di terimanya dari luar Negara. Dipercayai Tan Sri sedang bertugas selama 5 tahun sebagai Duta Malaysia di London. Dan berita tentang anaknya yang hilang sudah heboh ke sana.
“Begitu juga kes gadis yang hilang tanpa jejak itu...” Tokoknya.
“Baik tuan. Akan saya laporkan setiap pergerakan dan perkembangan kes ini, terus kepada tuan. Keadaan di sini agak kelam kabut, dan kami memantau dari satu lokasi ke satu lokasi secara berkumpulan.” Inspektor Sazali mematuhi arahannya dan membuat kemarahannya berkurangan.
“Baiklah.” DSP Hanid meletakkan ganggang.
Perbualan telefon antara ketua pasukan penyelamat dengan Ketua Polis Daerah tamat. Dia di penuhi kebimbangan dengan keadaan sekitar, dia perlu berdepan dengan situasi menekan beberapa pihak kerana kes ini memasuki hari ke-6 dan masih belum ada perkembangan sehingga pagi ini. Rumit dan ganjil dari kes-kes sebelumnya. Apakah khabar yang akan di terimanya mendukacitakan? Dia tidak mengharapkan begitu.
“Tuan, ada panggilan.” Interkom dari setiausahanya.
“Siapa?” Soalnya pada Elis.
“Tan Sri!” Baru sahaja dia melepaskan geram kepada orang bawahannya kini dia perlu menerima bahana kemarahan orang lain kepadanya pula. Dia menarik nafas.
“Panggilan jauh dari London tuan.” Tambah Elis.
“Sambungkan Elis.” Dia mengangkat ganggang.
“Selamat pagi Tan Sri!” Seawal pagi dia menerima panggilan Tan Sri.
“Selamat pagi. Saya tak mahu cerita panjang, terus kepada persoalan. Bagaimana perkembangan anak saya?” Long distance call, dia amat maklumi kos panggilan jauh adalah tinggi, semahunya dia cuba untuk bertenang dan menerangkan duduk perkara sebenar kepada Tan Sri.
“Usaha sedang giat dijalankan, saya mohon maaf Tan Sri. Keadaan cuaca menghalang operasi mencari.” DSP Hanid menghela nafas bila mendengar suara yang terdengar di corong telefon berlainan dari semalam.
“Awak maklum saya tak dapat berbual panjang. Pesan saya, jika ada perkembangan terbaru anak saya, hubungi saya dengan kadar segera. Saya tidak dapat balik, dan sudah tiga tahun saya mencari dia akhirnya khabar yang saya terima amat menyedihkan. Dia menjadi topik hangat akhbar tempatan dan saya merupakan orang terakhir sekali tahu. Saya kesal dengan apa yang berlaku. Mungkin silap saya tidak memahami minatnya.” Luah Tan Sri.
“Jangan bimbang Tan Sri, saya memantau kes ini dari semasa ke semasa, sekiranya ada perkembangan terbaru saya akan hubungi Tan Sri melalui sistem pesanan ringkas.”
“Baiklah. Terima kasih.” Panggilan putus selepas dia mencatat nombor handset peribadi Tan Sri. Dia lega, Tan Sri tidak melenting seperti kali pertama mereka berbual di talian. Nampaknya dia mula memahami sikap lelaki itu, mungkin Tan Sri tertekan dengan khabar anaknya dan tanpa sedar melepaskan geram kepadanya. Sebagai seorang bapa, dia juga memahami perasaan Tan Sri yang menerima khabar anaknya selepas tiga tahun menghilang. Tetapi…. Kenapa anaknya Tan Sri menghilang? Persoalan itu di biarkan berlegar.
Segera dia menekan interkom kepada Elis, pembantu peribadinya untuk memaklumkan pasukan penyelamat agar melaporkan perkembangan kes dalam setiap satu jam. DSP Hanid menghela nafas, kes ini amat rumit, dalam masa yang sama pasukan penyelamat juga sedang cuba mencari mayat seorang gadis. Masih belum ada perubahan sejak hari pertama operasi. Dia runsing dan inginkan perkara ini segera berlalu.
Ketukan di pintu terdengar, DSP Hanid mengarahkan masuk. Inspektor Kamil kelihatan…
“Selamat pagi tuan.” Hormat Kamil.
“Selamat pagi. Kamil, bagaimana perkembangan kes gadis hilang ada apa-apa yang mencurigakan?”
“Saya difahamkan tuan, orang-orang kita sedang menjejaki mayatnya. Namun, ada satu kemusykilan, apa penyebab dia bertindak membunuh diri?”
“Sekiranya ada persoalan Kamil, teruskan siasatan sehingga ke akar umbi. Saya tak mahu kes ini tergantung, kecuali jika gadis itu masih hidup. Saya difahamkan oleh Ibunya, gadis itu putus cinta dan bertindak begitu.”
“Itu mungkin satu spekulasi tuan. Apa yang saya temui adalah sesuatu yang diluar jangkaan tuan, saya baru sahaja menerima satu hantaran fax dari pihak insuran….” Kamil menghulurkan sekeping kertas untuk di teliti.
“Persoalan semakin menarik. Seperti ada yang disembunyikan oleh pihak tertentu.”
“Saya akan siasat perkara ini tuan.”
“Bagus itulah yang sebaik-baiknya.”
“Tuan, insuran nyawa ini bukan di beli oleh Ibunya!”
“Jika bukan, oleh siapa?” DSP Hanid terkejut. Dan menunggu kata-kata Kamil seterusnya.
“Pemilik Evolusi Holding, Datuk….” Kamil tidak sempat menghabiskan ayat, DSP Hanid pantas memotong.
“Datuk Fakhrul ?” DSP Hanid menyambung pantas. Mereka diam seketika sama-sama berfikir.
“Kamil, awak siasat perkara ini. Ada sesuatu sedang bermain di luar sana dan memerlukan pihak kita membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Saya semakin ingin tahu apa cerita sebenarnya dengan Datuk Fakhrul?” DSP Hanid tersenyum, di benaknya sudah terbetik sesuatu.
“Baik tuan akan saya jalankan segera arahan ini.” Kamil keluar.