ZINA DAN MANUSIA

Wirid untuk menghindarkan Perzinaan

Imam Ghazali rahimahullah telah mengajar bagaimana berwirid membaca ayat-ayat ini setelah selesai sembahyang bagi melawan godaan syaitan agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan melakukan penzinaan dan maksiat. Ayat-ayat ini boleh digunakan untuk menghilangkan bayangan wanita atau lelaki dan dorongan ke arah perbuatan keji dan jatuh cinta pada wanita-wanita atau lelaki-lelaki yang tidak berakhlak.

Ayat-ayatnya adalah :

1) Ayat 27 Surah Ibrahim
8a2ed566.jpg
c3fbd21e.jpg


Ertinya:

“Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat ; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.”

2) Ayat 74 Surah Al-Israa’
563d2c3f.jpg


Ertinya;

“Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka.”


3) Ayat 45 Surah Al-Anfaal.
62ac601f.jpg

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan do’a) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Doa Agar Anak Tidak Berzina Selama Hidupnya

Sekiranya di baca Surah Al-Qadr pada ubun kanak-kanak khususnya bayi yang baru lahir,
Insya’Allah tidak akan berlaku zina keatas dirinya selama hidupnya. Sesiapa yang membaca surah Al-Qadr sambil memegang ubun-ubun isterinya atau anaknya nescaya memperlihat oleh Allah Ta’ala kepadanya,
bahawa isterinya atau anaknya itu membuat perkara-perkara yang di sukai olehnya.

Penawar Bagi Yang Suka Berzina

Sekiranya ada di antara keluarga atau sahabat anda yang suka berbuat maksiat, tetapi masih jua tidak berubah walaupun telah di tegur dan di nasihatkan, cuba lah ikhtiar dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an untuk menyembuhkannya. Kaedahnya adalah seperti berikut:

1. Ambillah baju orang yang melakukan perbuatan maksiat itu, tulislah dengan potongan ayat al-Qur’an dibawah ini, lalu dibacakan ayatnya sebanyak 70 kali.

2. Selanjutnya tanamlah baju bekas itu di perkuburan tua yang sudah tidak di kenali sambil di bacakan doa di bawah ini :

Inilah ayat yang perlu ditulis dan di baca:
135c102d.jpg