.: LONGLAI :.

Aku sudah malas mendengar tentang kebahagiaan. Aku sudah serik mengimpikan kebahagiaan. Aku juga meluat melihat kebahagiaan. Apa yang tidak kena sebenarnya pada aku atau pada orang lain? Buat masa ini aku benci kebahagiaan.

Sebenarnya aku benar-benar di ambang kekecewaan hari ini. Selepas mendapat panggilan telepon yang menolak hasil kerjaku selama 5 tahun aku masih gagal juga rupanya memikat hati sang penerbit. Adakah aku ditakdirkan sebagai seorang yang gagal atau sebagai seorang yang ditolak oleh masyarakat kerana keganjilan sikapku?

Awalnya aku yakin akan diterima selepas menunggu masa berbulan-bulan lamanya untuk penilaian hasil kerja, rupa-rupanya 8 haribulan April ini memberitahuku sebuah berita duka. Agaknya aku tidak sesuai ke arah tu. Aku lebih sesuai ke arah yang tidak terjangkau oleh akalku. Apa agaknya yang sesuai ye?

Aku benar-benar kecewa hari ini. Benar-benar kecewa. Hingga buat apa-apa pun rasa semangat telah mati. Inilah rasa kecewa ku tahun-tahun yang sudah. :(