BAB SATU

“Maafkan I, I tidak dapat mengotakan janji I. Biarlah I berterus terang Datul dari terus membuat you terus tertanya-tanya. I telah menemui teman sejati yang selama ini I cari. I akan bersama dengannya. I tahu you marah pada pengakuan I ini. Tapi ada baiknya I berterus terang sekarang dari terus menipu you. Harap you faham Datul, Kita PUTUS! Jangan you cari I lagi.”
Nota tersebut di renyuk Datul lagi. Sakit hatinya tidak siapa yang tahu.
Putus?! Sesenang itu Ryzul meminta darinya. Perkataan yang benar-benar mengguris perasaannya. Dia tidak menyangka Ryzul begitu mudah melupakan dirinya bersama kenangan yang di cipta bersama. Tidak terlintas di fikirannya apakah keburukan dan kesilapan yang telah di buatnya sehingga Ryzul sanggup meninggalkannya. Memutuskan hubungan yang sudah lama berputik, sejak dia menerima cinta Ryzul dia tidak nampak kecacatan yang timbul walaupun pada awalnya dia gentar untuk mempertaruhkan kepercayaannya selepas berkali-kali Nisha memberi amaran. Apakah dia ada membuat perkara yang tidak di sukai Ryzul? Atau sememangnya Ryzul sendiri yang mahu perhubungan ini diputuskan tanpa penjelasan.
“Kejamnya kau Ryzul, meninggalkan aku dangan seribu persoalan untuk dikesalkan.”
Atau sememangnya Ryzul sendiri telah menemui gading bertuah, tanduk sepertinya tidak berguna lagi? Setelah apa yang mereka lalui bersama dengan begitu mudah Ryzul membuat keputusan begini tanpa bersemuka dengannya hanya nota kecil bertulisan tangan di hantar kepadanya. Nota itu buat pertama kalinya dia membaca terus sahaja di renyuk dan di campakkan entah ke arah mana. Hari ini bila persoalan yang sama menerjah fikiran puas dia menyelongkar bilik tidur barulah nota itu ditemuinya kembali tersisip di bawah katil. Dia mengulang catatan yang terdapat di dalamnya, bait-bait kata yang memang menyakitkan hatinya. Dia duduk menghadap cermin solek bercakap kepada dirinya sendiri… bagai seorang yang hilang padoman, dia kembali mengamuk dalam bilik itu….